Menurut FAO, 1.3 bilion tan sisa makanan dibazirkan di seluruh dunia setiap tahun. Di Malaysia, 17,000 tan sisa makanan dibuang setiap hari, dengan 76% adalah sisa yang tidak boleh dimakan seperti tulang dan kulit buah.
Penggunaan baja kimia secara berlebihan menyebabkan penurunan hasil dan kualiti tanah. Ia membunuh mikrob tanah, menjadikan tanah keras, dan menjejaskan hasil pertanian serta alam sekitar.

Tanah Dirawat, Hasil Meningkat, Bumi Selamat
Memperkenalkan Mekargro Amino Foliar, baja foliar organik yang dihasilkan dari sisa ikan dan diperkaya dengan campuran Effective Microorganisms terpilih. Direka khas untuk mempercepatkan pertumbuhan tanaman dan meningkatkan kesuburan tanah.
Mekargro adalah baja foliar organik yang mengubah sisa ikan dari kilang produk ikan di Mersing menjadi nutrien untuk tanaman. Ia menyokong SDG 12 (Matlamat 12.5) iaitu mengurangkan sisa makanan melalui pengurangan, kitar semula dan penggunaan semula.
Ujian lapangan di atas tanah dan hidroponik menunjukkan tanaman sawi boleh dituai hanya dalam tempoh 21 hari, berbanding 35 hari dengan baja NPK biasa.
Disclaimer : Data ini diperoleh daripada pemerhatian pada tanaman sawi dan tidak mewakili semua jenis tanaman. Variasi keputusan boleh berlaku bergantung pada faktor persekitaran, amalan penanaman dan jenis tanaman. Kajian lanjut sedang dijalankan dengan melibatkan pelbagai sampel tanaman.



Mekargro turut berkesan dalam sistem hidroponik

Sisa Ikan dari Kilang Keropok

Pembuatan Mekargro menggunakan Reaktor Khas berasaskan data analitik untuk memastikan ketepatan dan keseragaman kualiti
Sisa ikan kaya dengan asid amino yang penting untuk pertumbuhan tanaman kerana ia merangsang penghasilan klorofil, mempercepat fotosintesis, dan meningkatkan penyerapan nutrien. Selain itu, ia membekalkan nitrogen organik, fosforus, kalsium, serta mikronutrien seperti zink dan magnesium yang menyuburkan tanah. Sisa ikan juga menggalakkan aktiviti mikroorganisma baik dalam tanah, seterusnya menjadikan tanaman lebih sihat, cepat membesar, dan tahan penyakit.
"Sisa itu bukan sampah, ia potensi yang dilupakan... dan tanah itu bukan mati, tapi merintih untuk diubati."
Hasil Penggunaan Mekargro Amino Foliar




* Tanaman sawi boleh dituai dalam hanya 21 hari, berbanding 35 hari dengan baja NPK biasa.
Bebas bahan kimia berbahaya, selamat untuk tanah dan persekitaran.
Mengandungi kadar magnesium, kalsium, boron, dan zink yang tinggi untuk ketahanan tanaman.
*Disclaimer : Data ini diperoleh daripada pemerhatian pada tanaman sawi dan tidak mewakili semua jenis tanaman. Variasi keputusan boleh berlaku bergantung pada faktor persekitaran, amalan penanaman dan jenis tanaman. Kajian lanjut sedang dijalankan dengan melibatkan pelbagai sampel tanaman.
Mekargro Reactor adalah mesin pemprosesan yang dibina bercirikan Teknologi IoT dan dilengkapi sensor pH, EC, suhu, dan salinitas untuk memantau dan menstabilkan larutan secara automatik.




Pekebun kecil yang ingin memulihkan tanah terdegradasi akibat penggunaan baja kimia bagi memperoleh hasil sayuran yang lebih optimum
Mereka yang menanam untuk kegunaan sendiri atau jual kecil-kecilan, mencari penyelesaian organik yang berkesan.
Petani yang mahukan hasil tanaman yang bebas bahan kimia dan mementingkan kelestarian alam sekitar.
Ujian menunjukkan Mekargro mengandungi kadar magnesium, kalsium, boron, dan zink yang tinggi - nutrien penting untuk ketahanan dan pertumbuhan tanaman.
Walaupun organik, Mekargro tetap mempunyai kandungan NPK yang baik, menjadikannya pilihan yang seimbang untuk produktiviti tanaman.


Anda masih menunggu?
Bertindak hari ini, nikmati hasil yang luar biasa.


Meningkatkan produktiviti tanaman untuk menyokong keterjaminan makanan.

Mengurangkan sisa makanan dengan mengitar semula sisa ikan menjadi produk bernilai tinggi.


Mereka sudah menikmati hasilnya, anda bila lagi? Ayuh dapatkan Mekrgro untuk hasil yang luar biasa

"Ini adalah permulaan sebuah gerakan. Gerakan yang menghidupkan semula tanah kita. Gerakan yang memberi nilai pada sisa. Dan gerakan untuk membina pertanian yang lebih lestari."
Dengan Mekargro, Anda bukan sahaja menikmati hasil yang lebih tinggi dan berkualiti, malah turut membantu menjaga alam sekitar, meminimumkan sisa, serta menyumbang kepada pertanian lestari dan keterjaminan makanan negara.
Krisis Yang Kita Hadapi